Friday, 21 October 2016

UBAT PERIUK @ JAMU AIR PERIUK

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..



Hari ni Syurra terpanggil untuk bercerita fasal ubat periuk atau lebih dikenali dengan jamu air periuk. Semalam semasa Syurra melayari laman facebook mata Syurra tertacap pada post kawan lama Syurra iaitu Puan Rosnani yang kini giat dalam mempromosikan ubat periuk @ jamu air periuk ni. 

Bercerita mengenai jamu ini terlalu banyak khasiat dan kebaikan yang dapat kita perolehi untuk tubuh badan kita. Teringat Syurra semasa berpantang dahulu. Bidan-bidan kampung khususnya banyak menggunakan ramuan herba ini untuk membantu ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengembalikan semula stamina tubuh badan setelah menjalani proses bersalin. Syurra juga pernah melaluinya dan ternyata ianya banyak membantu Syurra sepanjang dalam tempoh berpantang (confinement).

Pengalaman Syurra ketika consume air rebusan jamu periuk ni macam-macam insiden telah terjadi. Pernah sampai tersembur keluar air jamu tu. Kalau tersembur dekat sinki tak mengapa rasanya, ini tersembur kat muka bidan. Sabar je bidan tu lap muka dia sebab kena air jamu. Hehe...kali kedua minum air rebusan tu tersembur pulak dekat muka encik suami..alahai tekebil-kebil muka suami Syurra masa tu. Sebenarnya bukan sebab suka-suka nak sembur ke apa, ni sebab Syurra tersedak kerana rasanya yang pahit dan berempah tu membuatkan Syurra rasa seperti tercekik.( psstpsstt..ibu muda masa tu kot ). 

Menurut kata ibu Syurra, secara amnya ubat atau jamu air periuk ini melibatkan ramuan-ramuan tradisional yang menggunakan air rebusan dari herba dan akar kayu terpilih antaranya ialah ibu kunyit, lengkuas, daun pegaga, manjakani dan daun mas cotek. Kesemua bahan-bahan ini akan direbus bersama dengan beberapa jenis akar kayu yang lain. Air dari rebusan jamu periuk ini dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim wanita melalui rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba dan akar kayu tadi.  Kesemua herba dan akar kayu ini akan direbus bersama dan diminum setiap pagi dan petang. 

Selain dari kelebihan mempercepatkan pengecutan rahim, air rebusan jamu air periuk ini juga dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan, memanaskan badan dan melawaskan pembuangan air besar. Selain dari itu air rebusan jamu periuk ini juga mampu mengetatkan miss V,mengeluarkan lemak dan toksin dari badan dan mengempiskan perut serta membuang angin dalam badan.

Sekian saja dari Syurra untuk entri kali ini, semoga ianya bermanfaat sebagai info bagi pembaca diluar sana. Segala info yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman Syurra sendiri. Sesungguhnya Yang Baik itu Datang Dari ALLAH S.W.T dan Yang Buruk Itu Datang Dari Kita. Wallahu a’lam..







campuran herba dan akar kayu yang dikeringkan untuk jamu periuk
( sumber gambar dari google )





Friday, 14 October 2016

ANNIVERSARY 1410



Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Genap 12 tahun Syurra dengan dunia blogger ni and terpaksa stop menulis entri-entri baru sejak blog Syurra digodam oleh orang yang Syurra tak kenali (peminat misteri kut...). Hope my bff Aulia yang cantik manis macam madu tu dapat tolong Syurra untuk dapatkan balik semua entri Syurra yang dah hilang tu. 



Bagi yang mengenali Syurra In Sya Allah Syurra akan cuba untuk repost semula entri mengenai Wanita & Kesihatan yang pernah Syurra share dahulu dalam blog lama Syurra. Pada Dr Isaac yang banyak sangat support Syurra since 2004, Syurra sangat menghargainya. 



Nantikan entri baru dari Syurra mengenai Wanita & Kesihatan. Atas permintaan sahabat2 kesayangan Syurra, In Sya Allah kali ini Syurra akan masukkan info kesihatan itu dalam bentuk dual language. 



Sekian saja pengenalan untuk hari ini dari Syurra buat semua. Sesungguhnya Yang Baik itu Datang Dari ALLAH SWT dan Yang Buruk Itu Datang Dari Kita..