Assalamu'alaikum wbt..
Hari ni Syurra terpanggil untuk bercerita fasal ubat periuk atau lebih dikenali dengan jamu air periuk. Semalam semasa Syurra melayari laman facebook mata Syurra tertacap pada post kawan lama Syurra iaitu Puan Rosnani yang kini giat dalam mempromosikan ubat periuk @ jamu air periuk ni.
Bercerita mengenai jamu ini terlalu banyak khasiat dan kebaikan yang dapat kita perolehi untuk tubuh badan kita. Teringat Syurra semasa berpantang dahulu. Bidan-bidan kampung khususnya banyak menggunakan ramuan herba ini untuk membantu ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengembalikan semula stamina tubuh badan setelah menjalani proses bersalin. Syurra juga pernah melaluinya dan ternyata ianya banyak membantu Syurra sepanjang dalam tempoh berpantang (confinement).
Pengalaman Syurra ketika consume air rebusan jamu periuk ni macam-macam insiden telah terjadi. Pernah sampai tersembur keluar air jamu tu. Kalau tersembur dekat sinki tak mengapa rasanya, ini tersembur kat muka bidan. Sabar je bidan tu lap muka dia sebab kena air jamu. Hehe...kali kedua minum air rebusan tu tersembur pulak dekat muka encik suami..alahai tekebil-kebil muka suami Syurra masa tu. Sebenarnya bukan sebab suka-suka nak sembur ke apa, ni sebab Syurra tersedak kerana rasanya yang pahit dan berempah tu membuatkan Syurra rasa seperti tercekik.( psstpsstt..ibu muda masa tu kot ).
Menurut kata ibu Syurra, secara amnya ubat atau jamu air periuk ini melibatkan ramuan-ramuan tradisional yang menggunakan air rebusan dari herba dan akar kayu terpilih antaranya ialah ibu kunyit, lengkuas, daun pegaga, manjakani dan daun mas cotek. Kesemua bahan-bahan ini akan direbus bersama dengan beberapa jenis akar kayu yang lain. Air dari rebusan jamu periuk ini dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim wanita melalui rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba dan akar kayu tadi. Kesemua herba dan akar kayu ini akan direbus bersama dan diminum setiap pagi dan petang.
Selain dari kelebihan mempercepatkan pengecutan rahim, air rebusan jamu air periuk ini juga dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan, memanaskan badan dan melawaskan pembuangan air besar. Selain dari itu air rebusan jamu periuk ini juga mampu mengetatkan miss V,mengeluarkan lemak dan toksin dari badan dan mengempiskan perut serta membuang angin dalam badan.
Sekian saja dari Syurra untuk entri kali ini, semoga ianya bermanfaat sebagai info bagi pembaca diluar sana. Segala info yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman Syurra sendiri. Sesungguhnya Yang Baik itu Datang Dari ALLAH S.W.T dan Yang Buruk Itu Datang Dari Kita. Wallahu a’lam..
![]() |
campuran herba dan akar kayu yang dikeringkan untuk jamu periuk ( sumber gambar dari google ) |
No comments:
Post a Comment